Friday, May 29, 2009

Kisah Sekolah: Pelajar kadang-kadang hendak bermanja..

Kadangkala terdapat guru yang terlalu sensitif dengan usikan pelajar. Terutamanya pelajar perempauan. Ada guru yang datang mengadu kepada saya tentang usikan atau tindakan pelajarnya yang tersenyum kepada guru berkenaan.

"Cikgu...saya nak buat aduan kepada cikgu"' kata guru lelaki ini kepada saya pada suatu hari.
"Ha..Apa dia cikgu'" kata saya melihatkan muka guru ini yang nampak serius dan merah padam.
' Budak perempuan kelas saya ni." katanya lagi
' Dia boleh senyum-senyum pada saya masa berbual dengan kawan-kawan dia di dalam kelas".
"Mengada-ngada', katanya sambil mendengus marah.

Melihatkan muka guru ini yang semakin marah, saya cuba membuat jenaka kepada guru ini.
"eh..eloklah dia senyum tu....itu tandanya saham cikgu masih tinggi lagi', kata saya .
"Ye lah...terhegeh-hegeh senyum", katanya. Masih tak hilang marahnya lagi.

"Cikgu..."' kata saya cuba merasionalkan beliau. " Cikgu nak ke anak murid cikgu tu pandang cikgu dengan muka masam. Muka menyampah!"' kata saya. Dia mula tersedar dan terdiam.
'Cikgu, budak-budak tu nak bermanja dengan cikgu. Ada di kalangan mereka itu yang tak pernah dapat bermanja dengan ayah-ayah mereka. Ramai ayah yang sibuk dan tak kisah dengaan anak mereka ", kata saya menasihatkannya. " cikgu layanlah mereka. Macam anak-anak kita juga".

"Cikgu... "' kata saya lembut cuba memujuk cikgu ini. " Saya ni , kadang-kala ada juga pelajar perempuan yang tegur saya dengan kata-kata seperti, Cikgu ini handsome lah pada hari jumaat ni"' kata saya mula bercerita. " Saya tak akan marah. Saya akan layan dia dengan berkata, Betullah awak ni tak patut langsung. Orang lain nampak saya handsome pad atiap-tiap hari...Awak seorang sajalah yang nampak pada hari Jumaat"' kata saya. Saya lihat muka cikgu ini sudah mula tersenyum seolah-olah tertarik dengan kaedah saya melayan pelajar ini di samping dapat mengelakkan rasa marah.

Intipatinya: Zaman sekarang sudah berubah. Guru harus berubah. Anak-anak sekarang ramai yang tidak mendapat perhatian ibu bapa. Pada gurulah tempat mereka menumpang kasih seorang ayah atau seorang ibu. Guru bukan sekadar guru. Malah sebagai seorang ayah dan seorang ibu.

Kisah sekolah: Cikgu pun tak pakai baju Melayu...

Kisah ini berlaku sekitar tahun 1998 dulu. Ketika itu saya berada di salah sebuah sekolah di Seremban sebagai Guru Penolong Kanan HEM. Suatu hari seorang guru disiplin saya yang masih muda telah datang dengan marah-marah mengadu kepada saya tentang sikap seorang pelajar lelaki yang dikatakan bersikap biada terhadap guru ini. Puncanya apabila guru ini menyoal kenapa pelajar tersebut tidak memakai baju Melayu lengkap ketika hari Jumaat. Peraturan di sekolah itu ialah setiap hari Jumaat , semua pelajar Islam diminta memakai baju Melayu lengkap. Oleh keadaan itu, pelajar ini telah menjawab kepada guru tersebut dengan berkata,
"Alah....Cikgu nak tegur saya tak pakai baju Melayu... Cikgu sendiri tak pakai..!"
Mendengar kata-kata itu, guru ini pun mula naik angin.
"Kurang ajar awak...!

Seterusnya , guru ini terus naik angin dan cuba bertindak hendak memukul pelajar berkenaan.

Saya bertanya kepada cikgu berkenaan.

" Ya lah cikgu... Tetapi cikgu fikir, betul tak cakap pelajar itu.." ' kata saya cuba menenangkan guru berkenaan.

"Ya lah...cikgu..! Tapi mana boleh dia cakap macam itu dengan saya", katanya lagi

"Cikgu,..Kalau kita nak tegur orang... kita kena tenguk diri kita dulu. Betul tak kita sebelum menegur," kata saya . Cikgu ini mula kendur dan mula sedar akan kebenaran kata-kata saya itu..

" Sebenarnya cikgu, cikgu tak perlu pun marah-marah kepada pelajar ini ", kata saya lagi. "Kalau saya lah cikgu, saya akan bersalam dengan pelajar ini dan ucap terima kasih kepadanya." Cikgu ini tambah bingung dengan penjelasan saya itu.

"Saya akan cakap pada dia , Bagus! Sekarang awak dah nampak salah saya iaitu saya pun tidak memamkai baju Melayu. Disebabkan awak dah tegur saya, mari kita sama-sama berjanji untuk memakai baju Mekayu lengkap pada minggu hadapan. Macamana? ", kata saya mengusulkan idea.

"Kalau macam itu, mari kita berjanji. Sesiapa yang tidak memakai baju Melayu pada minggu hadapan, kena bayar wang kepada yang memakai sebanyak RM5.00"' kata saya lagi.

" Kita juga mesti buat surat perjanjian dan simpan salinan masing-masing dengan seorang saksi ", sambung saya lagi.

"Agak-agak kalau cikgu buat cara begini, ada tak kemungkinan cikgu dapat menariknya untuk memakai baju Melayu, kata saya lagi. "Sebenarnya, kita pun tak akan berasa marah. Begitu jugalah pada pelajar berkenaan "' kata saya menerangkan kenapa tindakan sebegitu dapat mengelakkan pertengkaran dan dapat memastikan pelajar berkenaan memakai baju Melayu. Cikgu ini mula mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dengan idea saya itu.

Pada minggu berikutnya itu, saya telah menahan sebilang pelajar yang tidak memakai baju melayu dan telah membuat perjanjian dengan mereka. Dalam tempoh 2 bulan , semua pelajar lelaki Islam di sekolah itu telah memakai baju melayu lengkap.

Intipati kisah ini ialah: Kita jangan mudah sensitif di atas teguran orang lain, hatta oleh pelajar kita. Perbaiki kelemahan kita sebelum kita menegur orang lain.