Kadangkala terdapat guru yang terlalu sensitif dengan usikan pelajar. Terutamanya pelajar perempauan. Ada guru yang datang mengadu kepada saya tentang usikan atau tindakan pelajarnya yang tersenyum kepada guru berkenaan.
"Cikgu...saya nak buat aduan kepada cikgu"' kata guru lelaki ini kepada saya pada suatu hari.
"Ha..Apa dia cikgu'" kata saya melihatkan muka guru ini yang nampak serius dan merah padam.
' Budak perempuan kelas saya ni." katanya lagi
' Dia boleh senyum-senyum pada saya masa berbual dengan kawan-kawan dia di dalam kelas".
"Mengada-ngada', katanya sambil mendengus marah.
Melihatkan muka guru ini yang semakin marah, saya cuba membuat jenaka kepada guru ini.
"eh..eloklah dia senyum tu....itu tandanya saham cikgu masih tinggi lagi', kata saya .
"Ye lah...terhegeh-hegeh senyum", katanya. Masih tak hilang marahnya lagi.
"Cikgu..."' kata saya cuba merasionalkan beliau. " Cikgu nak ke anak murid cikgu tu pandang cikgu dengan muka masam. Muka menyampah!"' kata saya. Dia mula tersedar dan terdiam.
'Cikgu, budak-budak tu nak bermanja dengan cikgu. Ada di kalangan mereka itu yang tak pernah dapat bermanja dengan ayah-ayah mereka. Ramai ayah yang sibuk dan tak kisah dengaan anak mereka ", kata saya menasihatkannya. " cikgu layanlah mereka. Macam anak-anak kita juga".
"Cikgu... "' kata saya lembut cuba memujuk cikgu ini. " Saya ni , kadang-kala ada juga pelajar perempuan yang tegur saya dengan kata-kata seperti, Cikgu ini handsome lah pada hari jumaat ni"' kata saya mula bercerita. " Saya tak akan marah. Saya akan layan dia dengan berkata, Betullah awak ni tak patut langsung. Orang lain nampak saya handsome pad atiap-tiap hari...Awak seorang sajalah yang nampak pada hari Jumaat"' kata saya. Saya lihat muka cikgu ini sudah mula tersenyum seolah-olah tertarik dengan kaedah saya melayan pelajar ini di samping dapat mengelakkan rasa marah.
Intipatinya: Zaman sekarang sudah berubah. Guru harus berubah. Anak-anak sekarang ramai yang tidak mendapat perhatian ibu bapa. Pada gurulah tempat mereka menumpang kasih seorang ayah atau seorang ibu. Guru bukan sekadar guru. Malah sebagai seorang ayah dan seorang ibu.
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
-
Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG kali ke 32 , SMK Senawang
pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj.
Azam Bin Ha...
4 years ago