Sunday, November 6, 2016

BUKAN SENANG MEREPAIR/ MEMBANGUNKAN SEKOLAH.....SIRI 1

Perumpamaan seseorang petani yang membuka tanah untuk tujuan membuat kebun atau ladang buah-buahan,  seringkali dapat dikaitkan dengan usaha membina dan mengubah sebuah sekolah bermasalah atau tiada prestasi kepada sekolah yang cemerlang atau disegani.

Bermula dengan kerja-kerja menebang, menebas, membajak, menanam benih, membubuh baja dan menyiramnya secara berterusan memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan minda yang kuat dan penuh ketabahan. Pokok yang telah tumbuh tidak boleh dibiarkan begitu sahaja , malah perlu diberikan perhatian dan penjagaan yang rapi. Apatah lagi jika ladang atau kebunan itu berada di kawasan yang mempunyai ancaman makluk perosak yang banyak . Maka, ladang atau kebunan ini perlu sentiasa dijengok setiap hari dan tidak boleh ditinggalkan dalam jangka masa yang lama.

Begitulah juga dengan usaha membaiki sesebuah sekolah yang 'rosak' atau 'teruk' dan tiada pencapaian kepada sebuah sekolah yang hebat dan berpencapaian cemerlang.

Sepanjang lebih 30 tahun  menjadi guru dan kemudiannya menjadi pentadbir sekolah  bermula pada tahun 1998 yang lalu sehingga kini, pelbagai pengalaman yang telah saya lalui di dalam membentuk semula sesebuah sekolah itu. Pengalaman sebagai Ketua Guru Disiplin yang lama ( selama 12 tahun berturut) banyak membantu saya di dalam membina sekolah-sekolah tersebut ke arah yang lebih baik.

Saya akan bercerita akan pengalaman saya dibeberapa buah sekolah semenjak 1998 sehingga kini di dalam beberapa siri. Siri pertama ini , saya mulai dengan pengalaman sebagai Guru Penolong Kanan Hal Ehwal murid di sebuah sekolah di Seremban pada 1998 dahulu.

SIRI 1- 1998-1999

Saya ditempat di sebuah sekolah ini  bukanlah di atas permintaan saya. Saya merupakan orang ketiga ditawarkan jawatan itu di sekolah tersebut. Orang yang pertama ditawarkan, tidak mahu hadir. Beliau adalah seorang guru daripada sebuah sekolah berasrama penuh di daerah ini.  Calon kedua pula adalah seorang guru Ketua Bidang daripada kawasan Ampangan dan seorang perempuan. Beliau hanya datang sehari dan keesokannya terus tidak hadir dan kembali semua ke sekolah asalnya.

Saya hadir tanpa ada pengalaman pentadbiran. Saya hanya seorang guru biasa dan berbekalkan pengalaman sebagai ketua guru disiplin selama 12 tahun. Sekolah ini menduduki ranking ke 3 di dalam maslah disiplin di daerah Seremban. Majoriti pelajarnya adalah pelajar Cina (35 %), India (33%) dan Melayu 32%) . Mereka datang daripada pelbagai latar belakang dan pada umumnya daripada keluarga berpendapatan rendah, dari rumah rakyat, estet dan kampung baru.

Saya mengambil masa selama 4 hari untuk melakukan kajian pemerhatian terhadap budaya dan masalah yang timbul di sekolah tersebut. Selama 3 hari semenjak tiba di sekolah berkenaan, saya tidak bercakap sepatahpun di dalam perhimpunan sebaliknya memerhatikan sambil memikirkan strategi untuk mengubah mana-mana perkara yang perlu. Saya berjalan di seluruh kawasan sekolah dan kelas di dalam tempoh ini , tanpa mengambil apa-apa tindakan.

Saya dapati, masalah utama di sekolah berkenaan adalah masalah disiplin pelajar yang tidak terkawal. Guru-guru pula berasa takut untuk bertindak kerana fobia dengan pengalaman seorang penjaga yang juga samseng , mengejar guru dengan besi paip di kawasan sekolah. Saya menyenaraikan beberapa masalah disiplin yang perlu diselesaikan segera. Antaranya ialah:

1. Rambut panjang/ kekemasan diri/ pakaian
2. Ketidakhadiran  ke sekolah yang tinggi
3. Vandalisme dan tingkahlaku memusnahkan harta benda sekolah yang tinggi
4. Peraturan dan tindakan disiplin yang longgar

Berkaitan rambut dan kekemasan diri, saya dapati pelajar lelakinya didapati ramai yang  berambut panjang hingga ke bahu ( termasuk pengawasnya), manakala pelajar perempuan pula bertindik di telinga (pelajar Cina). Pemakaian lencana tidak dikuatkuasakan, stokin, kasut yang sesuai dengan peraturan sekolah, berkuku panjang, siap dengan pewarna kuku dan pelbagai lagi.

Bagi ketidakhadiran pula, sekolah ini yang mempunyai sejumlah 45 kelas di sessi pagi  dan hampir 15 kelas di sessi petangnya, mempunyai peratus ketidakhadiran yang tinggi. Pada  kebiasaannya, setiap kelas mencatat ketidakhadiran sekurang-kurangnya 5 orang  setiap hari. Maka , purata bagi sehari adalah sekitar 225 hingga 250 orang.

Kemusnahan paling banyak di sekolah ini ketika itu adalah kerusi dan meja pelajar. Ia berlaku akibat pelajar yang bergaduh dengan membalingkan kerusi atau meja serta tindakan mereka duduk di atas meja kayu tersebut. Kerusi meja juga penuh dengan contengan termasuklah kata-kata atau gambar lucah. Ketika saya sampai, bilangan kerusi yang dilonggokan untuk kerja-kerja pelupusan hampir berjumlah 3 lori besar.