Friday, March 27, 2020

MENJENAMA SEMULA SEKOLAH- TANYALAH KEPADA YANG TERLIBAT

Diarahkan berkhidmat di sesebuah sekolah yang bermasalah , bukanlah sesuatu yang diimpikan oleh setiap pentadbir sekolah. Namun, jika ianya memang telah menjadi sesuatu yang terpaksa , di atas dasar perkhidmatan, kita tidak mampu mengelaknya. Tambahan lagi, kita sebagai orang kerdil, daripada sekolah harian biasa. Sekolah yang tiada pencapaian yang hebat di dalam kademik terutamanya. Sekolah yang bukan sekolah ternam atau sekolah kawalan dan sekolah berasrama penuh. Kita pastinya tidak mempuanyai kuasa untuk mengelakkanya.

Namun, kadangkalanya , ia juga merupakan sesuatu yang menarik dan menyeronokkan!. Sekolah begini, sudah pastilah mempunyai pelbagai masalah dan memerlukan kebijaksanaan kita untuk memikirkan bagaimana cara untuk menukar statusnya. Sekurang-kurangnya untuk kita menukar imej sekolah tersebut.

Kadang-kadang  benarlah seperti kata orang.  Ia terletak kepada bagaimana kita menerimanya. jika kita menerimanya sebagai suatu bebanan atau yang menyusahkan semata-mata, maka kita akan hanya melihat kesekaran dan masalah. Namun , jika kita melihatnya sebagai suatu peluang , maka kita akan dapat meliaht peluang-peluang yang pasti akan timbul di dalam sepanjang tempoh kita melaksanakannya. Benarlah kata orang, di sebalik kesukaran , akan ada peluang yang terhidang.

Sepanjang perkhidmatan, saya memang kerapkali ditugaskan untuk membantu membaiki sesuatu sekolah yang bermasalah. Sejak 1998, saya diarahkan ke sekolah-sekolah seperti itu. Apabila sekolah tersebut telah berada di dalam keadaan baik, maka saya diarahkan pula ke sekolah lain. Tugasnya tetap sama. "Tolong selesaikan masalah di sana".

Pada kali ini saya bukan ingin memfokuskan kepada masalah yang saya hadapi di sekolah tersebut, namun saya ingin menyatakan bahawa, pihak=pihak tertentu terutama pihak JPN, mestilah meminta pandangan pegawai yang diarahkan untuk melaksanakan tugas  seperti ini, berkaitan kaedah terbaik untuk membetulkan keadaan di satu-satu sekolah itu.

Pada saya ia amat penting, kerana kalau kita yakin, sesaorang pegawai itu punyai kemampuan membaiki keadaan di sekolah yersebut, pastilah pihak JPN juga tahu bahawa pegawai itu ada perancangan yang baik untuk beliau melaksanakan tugas itu dengan berkesan.

Seperkara lagi ialah, pihak JPN juga perlulah membantu pegawai tersebut untuk melaksanakan tugasan tersebut dengan mudah dan tidak menyukarkannya lagi. Saya sering memberikan perbandingan , ibarat kita ingin membersihkan tong sampah, biarlah kita keluarkan semua kotoran dan sampah yang ada di dalamnya dahulu dan janganlah ditambah dengan sampah lain sebelum tong sampah tersebut benar-benar bersih. Secara mudahnya , jika masalah di satu-satu sekolah itu berpunca daripada sikap segelintir guru atau staf yang bermasalah, biarlah kita selesaikan masalah satf atau guru di situ terlebih dahulu dan janganlah kita hantar lagi staf atau guru yang bermasalah ke sekolah tersebut dengan andaian pegawai tersebut pasti boleh mengawal guru atau staf yang bari ini, atau yang bermasalah ini.

Saya berpengalaman diarahkan untuk mengubah dan memperbaiki sebuah sekolah di suatu daerah di Negeri Sembilan ini.  Masalah yang wujud di situ ialah di antar pihak pengurusan dengan guru-guru . Timbul ketegangan di antara kedua-duanya disebabkan saling tiada komunikasi yang baik dan budaya pilih kasih serta fitnah  serta tiada ketelusan di dalam pengurusan.

Saya ingin memfokuskan bagaimana tindakan pihak JPN pada masa itu yang telah berjumpa dengan saya dan bertanyakan sendiri tentang masalah di sekolah tersebut dan apakah kaedah terbaik untuk mengatasinya. Ketika ini saya memangku jawatan pengetua setelah pengetuanya berpencen.

Pada suatu hari, 2 orang pegawai berpangkat Ketua Unit dan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah  telah datang ke pejabat dan bertanyakan masalah di sekolah tersebut dan bagaimana cara untuk menyelesaikannya.

Saya menjawab, masalah disekolah ini ada 4 iaitu:

1. Tiada ketelusan
2. Tiada komunikasi yang harmoni
3. Pilih kasih dan berpuak-puak
4. Syak wasangka / fitnah / adu dumba
5. Tiada hubungan yang mesra

Mereka bersetuju dengan jawapan saya dan memberitahu, " Betullah seperti yang kami bincangkan bersama Tuan Pengarah pada mesyaurat kami apabila membincangkan akan masalah di sekolah ini", kata pegawai tersebut.

lantas, beliau bertanya pula, " Macamananak selesaikan masalah ini", katanya.

Saya jawab, "Boleh. Ikaut cara saya. "

Pegawai itu membalas, " Baik. Apa caranya?".

Lantas saya memberitahunya, terdapat 4 cara untuk mengatasi masalah itu:

1. Pegawai yang memegang budaya pengetua lama ini, mesti dikeluarkan daripada sekolah ini.

2. Guru-guru yang sudah terlalu lama berkhidmat dan layak dinaikkan pangkat, perlu dinaikkan pangkat dan dikeluarkan daripada sekolah ini.

3. Guru-guru yang bermasalah perlulah dipindahkan keluar

4. Berikan saya guru-guru yang baru, fresh untuk saya bimbing menggantikan guru-guru lama yang bermasalah itu.

Pegawai ini dengan yakin memberitahu saya, "Baiklah. Kami akan ikut segala cadangan kamu itu".

Alhamdulillah, semua cadangan saya itu diikuti oleh pihak JPN ketika itu dan diambil tindakan segera. Akhirnya, sekolah tersebut telah berubah dengan budaya kerja yang lebih baik dan semangat guru-guru yang tinggi.

Kesimpulannya ialah, kadangkala pihak JPN perlu mendengar dan menggunapakai pengalaman dan kemahiran pentadbir di peringkat lapangan atau sekolah ini untuk memastikan masalah di sesebuah sekolah itu dapat diselesaikan. Apabila kita berikan sesatu tanggungjawab, berikanlah juga kuasa dan bantulah mereka. Bukannya menyukarkan lagi sesuatu tugasan dan tanggungjawab itu...