Dalam mengendalikan hal berkaitan dengan
disiplin pelajar, memang seringkali kita berhadapan dengan pelbagai cabaran dan
dugaan , terutamnanya daripada rungutan dan rasa tidak puashati . Kadang-kadang
rungutan dan rasa tidak puas hati ini datangnya daripada para pelajar ,
guru-guru, ibu bapa dan amasyarakat sehingga melibatkan orang berpangkat dan
sebagainya.
Semasa saya menjadi Guru Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid di sebuah sekolah di daerah Kuala Pilah sekitar tahun 2002 dahulu ,
antara rungutan dan komplen yang ditimbilkan adalah berkaitan dengan peraturan
supaya pelajar dating awal ke sekolah , selewat-lewatnya pada jam 7.30 pagi.
Sebelum kehadiran saya ke sekolah
berkenaan, tahap disiplinnya amatlah parah. Ramai pelajar yang datang lewat.
Ada yang datang lewat sehingga jam 8 .15 pagi. Kadangkala , terdapat juga
guru-guru yang datang lewat, sama seperti para pelajar juga.Antara punca
kelewatan tersebut yang menjadi alas an para pelajar ini adalah disebabkan oleh
bas sekolah yang dinaiki lambat .
Oleh itu, saya telah memperkenalkan
peraturan datang awal sebelum jam 7.20 pagi.
Pintu pagar sekolah akan ditutup pada jam 7.30 pagi. Pelajar yang lewat
akan ditahan di dalam kawasan sekolah berhampiran pintu pagar untuk dicatatkan
nama dan ditahan sehingga perhimpunan sekolah tamat iaitu sekitar jam 7.35
pagi.
Setelah peraturan ini dilaksanakan , saya
dapati ramai pelajar yang telah Berjaya datang awal sepertimana yang ditetapkan
di dalam peraturan tersebut. Namun saya dapati sekumpulan pelajar yang datang
daripada satu kawasan di situ yang sering lewat. Alasan mereka ialah, bas yang
ada di situ , hanya sebuah dan seringkali lewat pula menga,mbil mereka!
Suatu hari, sedang saya melakukan tugas
seharian di bilik saya , muncul seorang lelaki yang berpakaian kemas, memberi
salam dan terus memperkenalkan dirinya;
“Saya Tengku…..kerabat Diraja……”.
‘Oh!...Tengku ..jemputlah duduk”, kata saya
.
‘Tak apa”, balasnya dan masih berdiri.
‘Saya nak minta pelajar di kawasan saya , agar dikecualikan daripada peraturan
datang awal itu. Ibu bapa ramai yang
komplen dan mengadu kepada saya. Saya harap cikgu boleh kecualikan
pelajar-pelajar ini !’ katanya dengan wajah yang serius.
Melihatkan sikapnya yang agak serius dalam
menyatakan kemahuannya itu, saya menjemputnya duduk dahulu untuk berbiuncang.
Namun dia masih enggan dan masih berdiri.
“Macam inilah Tengku…” kata saya memulakan
hujah kenapa peraturan itu perlu. “ Saya fikir biarkah kita gunakan satu sahaja
peraturan. Itulah peraturan untuk orang kecil , itu jugalah peraturan untuk
orang besar! Sebab kalau banyak sangat peraturan, nanti saya pening kepala dan
susah nak jawab rungutan orang.! Lagipun, kita buat ini adalah semata-mata
untuk memberi imej baru kepada sekolah ini. Saya fikir Tengku tentu tahu tahap
disiplin di sekolah ini . Lagipun sekolah inilah satu-satunya sekolah di
kawasan ini . baik atau buruknya, sekolah inilah yang akan mendapat namanya.
Jadi , saya fikir , biarlah kita pilih nama yang baik daripada yang buruk.
Lagipun saya mungkin tak lama di sini, tetapi Tengku tentu masih berada di sini
untuk jangka masa lama. Jadi kalau imej sekolah ini buruk, buruklah nama yang
dibawa dan sudah pastilah Tengku tidak mahu nama sekolah ini buruk. Jadi , saya
buat ini semata-mata kerana ingin membina imej baru sekolah ini…jadi. Eloklah
kita gunakan satu peraturan sahaja untuk semua orang..!’
Teras puas hati saya kerana dapat meluahkan
isi hati saya. Namun, terasa juga di hati saya, bahawa bahasa yang saya gunakan
itu, agak kasar dan terlalu ‘direct’…Saya perhatikan riak mukanya dan menunggu
respon daripada beliau..
“Macam inilah cikgu…’, lembut nada suara
yang terpancul daripada mulutnya. “Kalau cikgu buat ini demi imej sekolah ini,
saya sokong dan saya setujulah cikgu…Terima kasihlah cikgu. Sekarang saya faham
dan saya akan maklumkan kepada ibu bapa
di kawasan saya..Saya mohon maaf’, katanya dengan wajah yang manis sambil
bangun bersedia untuk meninggalkan bilik saya…
Kadangkala, di dalam kehidupan ini , kita
perlu berani menyatakan yang benar tanpa rasa takut dan bimbang. Niat murni
kita seringkali disalahtafsir oleh orang yang tidak memahaminya. Ini
kemungkinan disebabkan berita dan maklumat itu disampaikan secara salah oleh
orang yang rasa tergugat keselesaan peribadi mereka tanpa melihat keselesaan
ramai. Namun, selalunya, apabila mereka faham, mereka akan menerimanya dengan
baik, jika mereka orang yang benar-benar berfikir!