Thursday, July 17, 2014

KISAH ANAK MURID YANG SUSAH ...

Saya menerima kiriman video melalui facebook , tentang pelajar sekolah yang miskin di Sabah yang terpaksa ke sekolah lambat dan dengan pakaian yang kotor. Oleh kerana  lewat sampai di kelas, maka pelajar ini dirotan oleh gurunya. Ia menjadi suatu kelaziman pula apabila setiap kali tiba di kelas, pelajar ini akan menghulurkan tangannya untuk dirotan oleh gurunya. Rotan sudah menjadi suatu yang harus diterimanya demi untuk belajar di sekolah walaupun terpaksa sampai lewat.

Kisah-kisah sedih kedaifan anak-anak murid yang belajar di sekolah ini, sebenarnya adalah suatu realiti. Masih ramai anak-anak murid di luar sana yang terpaksa mengikuti pembelajaran di dalam keadaan sukar disebabkan kesempitan hidup keluarga mereka.

Sepanjang pengalaman sebagai guru, saya juga telah menemui kisah-kisah sedih begini. Ia sebenarnya menjadi sesuatu yang membuat saya mengingati semula kesukaran yang saya alami semasa kecil dahulu.

Semasa di sebuah sekolah di daerah Rembau, saya terjumpa dengan beberapa orang pelajar yang sedang berdiri di luar bilik GPK HEM ( bersebelahan bilik saya). Mereka berada di situ kerana dipanggil kerana masih tidak menjelaskan bayaran yuran PIBG bagi tahun tersebut. Saya ternampak salah seorang pelajar ini yang memang saya perasan akan dia. Namanya tidak saya kenali, kerana saya tidak mengajar dia. Saya selalu perasan dengan pelajar ini kerana tangannya yang dipebuhi dengan kudis buta. Setiap kali , pelajar ini akan sentiasa menggaru tangannya kerana gatal. Pelajar ini berada di tingkatan 5.

Saya panggil pelajar ini masuk ke bilik saya sekejap, sementara menunggu  giliran untuk dia berjumpa dengan GPK HEM berkenaan. Saya tanyakan kepadanya , mengapa dia tidak menjelaskan lagi yuran berkenaan. pelajar ini menjawab bahawa ibunya tiada wang lagi. Saya lantas bertanyakan pekerjaan ibunya. Dia menyatakan ibunya hanya bekerja sebagai pembantu kantin dengan gaji RM250.00. Ayahnya tidak bekerja dan duduk di rumah menjaga adik-adiknya yang lain. Saya bertanyakan bilangan adik beradiknya.
Alangkah terperanjatnya saya apabila diberitahu bahawa adik beradiknya ada seramai 14 orang!  Apa yang lebih memeranjatkan saya ialah , 9 orang adik beradiknya masih bersekolah dan usia adik yang paling kecil adalah 2 tahun setengah!

Seketika itu juga , air mata saya menitis sedih mengenangkan nasib pelajar ini. Saya mula terbayangkan kesempitan hidup yang ditanggung oleh mereka dan sudah pasti mereka tidak akan mampu membayar yuran tersebut. Saya terdiam sebentar dan terasa airmata saya terus keluar meniitis seakan tidak mahu berhenti. Di dalam hati , saya terfikir ,"Apalah malangnya pelajar ini".

Saya terus bangun dari kerusi saya dan menuju ke bilik GPK HEM berkenaan. Saya beritahu beliau agar tidak meminta lagi yuran tersebut kepada pelajar ini kerana pasti pelajar ini tidak akan mampu membayarnya. Saya beritahu GPK HEM tersebut agar membantu pelajar ini dan kecualikan daripada membayar yuran!

Pelajar ini sebenarnya ada 5 orang adik yang bersekolah di sekolah yang sama. Keadaan mereka juga sama. Mereka ini lemah di dalam pelajaran. Mungkin kerana faktor kesusahan hidup inilah yang menjadi puncanya. Badan mereka semuanya berkudis, kurus dan nampak tidak sihat.

Keesokan harinya saya temui adiknya yang berada di tingkatan 2 semasa waktu rehat di kantin. Saya tanyakan sama ada dia sudah makan sewaktu rehat.'
"sudah , cikgu"
Kamu makan apa?
" Nasi lemak. Kawan belanja"
"Setaip hari begitu? ", tanya saya lagi
"Tak. Kalau kawan bagi, ada lah".katanya
" Di rumah, kamu makan apa".
"Saya makan sekali sehari. Tengahari saja. Malam tak makan"
"Apa lauknya"
"Tak ada lauk. hanya nasi putih dengan sayur rebus" katanya dengan tersenyum simpul.
Saya hanya mampu menarik nafas kesedihan . Tak mampu untuk mengucapkan sebarang kata-kata. Saya benar-benar terkejut  . Saya hairan kerana pada zaman yang dikatakan kita hidup memah ini , masih ada warga negara ini yang hidup susah begini.

Saya hanya mampu memohonkan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk membantu pelajaran anak-anak ini dan memohonkan biasiswa untuk mereka bagi mengurangkan sedikit beban hidup mereka ini. Kepada pihak kantin, saya minta agar sudi bersedekah, sepinggan mee atau nasi lemak bagi mereka yang senasib begini. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki mereka.

Bagi kita di sekolah, perlulah sentiasa perihatin dengan nasib anak didik kita. kenalilah kesusahan mereka dan bantulah mereka. Memang urusan sebegini  memerlukan komitmen dan kerja lebih, namun insyaAllah di situ ada kebahagian bagi kita apabila melihat orang yang sentiasa berduka ini tersenyum kegembiraan..











1 comment:

  1. http://beritaterkini7889.blogspot.com/2017/11/bangsat-ayah-perkosa-putri-kandung.html

    - Inilah Saatnya Menang Bersama POKERNUSA.COM
    Situs Impian Para pecinta dan peminat Taruhan Online !!!
    Hanya Dengan 1 id bisa main 7 games boss!!!
    CAPSA SUSUN | PLAY POKER | BANDAR POKER | BandarQ | Domino99 | AduQ | SAKONG Terbaik


    Keunggulan POKERNUSA.COM
    - MINIMAL DEPO & WD 15.000
    - PROSES DEPO & WD TERCEPAT
    - KARTU-KARTU BERKUALITAS DISAJIKAN
    - CS RAMAH & INSPIRATIF SIAP MEMBANTU 24JAM
    - TIPS & TRIK MENJADI KEUNGGULAN SITUS INI
    - KAMI MEMILIKI BONUS NEW MEMBER 100% BOSKU
    - DAN KAMI MEMILIKI BONUS DEPOSIT 10% SETIAP HARINYA

    Tunggu apalagi Boss !!! langsung daftarkan diri anda di POKERNUSA.COM
    Bagaimana cara mendaftar? SIMPEL boss!!!
    cukup kunjungi kami http://www.pokernusa.net/ref.php?ref=ANISER123
    klik daftar dan daftarkan diri anda
    atau bisa juga melalui live chat dan dan cs kami akan membantu anda 24jam bos!!
    Ubah mimpi anda menjadi kenyataan bersama kami!!!
    Dengan Minimal Deposit dan Raih WD sebesar" nya!!!

    Kami tunggu kehadiran bosku yah^^

    ReplyDelete