Di dalam dunia pendidikan, sudah pastilah 'customer atau client ' yang dimaksudkan itu adalah para pelajar, ibubapa atau pemegang taruh yang berkaitan dengan dunia pendidikan. jika dinilai dari segi tingkat keutamaan yang harus diberikan perhatian adalah para pelajarnya. Ia diikuti oleh ibubapa pelajar tersebut , sebagai pelanggan yang sudi menghantar anak-anak mereka ke sekolah itu. Jika ibubapa tidak menghantar pelajar ke sekolah itu, maka guru-guru atau sekolah tidak akan berfungsi atau makna kata lain, guru tiada kerja! Tingkat ketiga adalah pihak Jabatan Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan seterusnya Kementerian Pendidikan.
Justeru itu, ada fahaman di setengah pihak dan kalangan pentadbir sekolah beranggapan bahawa perhatian dan kemudahan serta keprihatinan pengurusan sekolah hendaklah kepada para pelajar terlebih dahulu dan bukannya guru atau staf yang harus diutamakan. Justeru itu, ada fahaman yang mengatakan bahawa tidak ada sebarang peruntukan dan kemudahan untuk guru. Semuanya hanya untuk para pelajar sahaja.
Keadaan ini menyebabkan kadangkala kebajikan guru dan staf yang ada di pejabat atau di sekolah sering diabaikan. Tidak hairan jika keadaan bilik guru terlalu daif dan tiada kemudahan. Jika berkehendakkan sesuatu, hatta peralatan dan kemudahan ICT seperti komputer, diminta guru-guru yang menyediakannya sendiri.
Setiap kali jika guru -guru dan staf ini ingin mengadakan majlis seperti majlis sambutan hari guru, terpaksalah mereka mencari dana sendiri melalui yuran kelab guru. Ada sesetengah sekolah yang tidak membenarkan wang sumbangan PIBG digunakan untuk aktiviti anjuran kelab guru dan staf, walhal, rata-ratanya wang sumbangan ini hampir semuanya adalah hasil usaha para guru dan staf melalui aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah.

Saya pernah mengalami keadaan ini pada sepanjang perkhidmatan saya sebagai guru dibeberapa buah sekolah. Suatu ketika, pernah saya bertanya kepada bos saya, ' tak adakah peruntukan untuk kita perbaikki lantai bilik guru yang dah berlubang-lubang tu..". Jawapan bos saya ketika itu ialah, "tak ada peruntukan untuk guru. Peruntukan hanya untuk murid". Jawapan begini jelas menampakkan bagaimana kedudukan guru dari kacamata pentadbir sekolah. Guru dituntut menghasilkan prestasi tinggi, namun hal kebajikan mereka , langsung tidak dipedulikan.
Saya amat tertarik dan percaya dengan kata-kata Sir Richard Bronson, CEO Virgin Airlines yang mengatakan, " Client's do not come first. Employees comes first. if you take care of your employees, they will take care of your clients".
Saya sentiasa percaya dan meletakkan guru-guru dan staf saya sebagai yang utama. Bagi saya , nadi dan jantung sesebuah sekolah adalah di bilik guru itu. Guru-guru dan staf di pejabat saya. Bilik guru dan keselesaan di pejabat sentiasa saya utamakan sebagai penggerak keupayaan sekolah. Kebajikan guru, kemudahan untuk mereka bekerja, menyelesaikan segala masalah mereka, keluarga dan peribadi serta perhubungan yang erat serta tiada protokol yang keterlaluan adalah menjadi amalan saya. Kebersamaan di dalam tugas, perbincangan secara terus dan telus dan sentiasa mendengar permasalahan serta menyelesaikannya , adalah antara amalan saya setiap masa. Pentadbiran kini bukan hanya memberi arahan semata-mata, tetapi kita mesti turun padang, bersama-sama mereka dan menjadi sebahagian daripada mereka juga. Amalan bos sentiasa betul atau tidak boleh ditegur adalah budaya yang sudah ketinggalan zaman dan tidak boleh diamalkan lagi.
Justeru itu, di mana-mana saja saya bertugas sebagai pengetua saya telah meletakkan beberapa perkara:
1. Saya mengharamkan guru-guru saya photostat bahan mengajar atau modul, menggunakan wang mereka di luar. Sebaliknya , mereka dibenarkan menggunakan kemudahan photostat di pejabat sekolah secara percuma. Peranan mencari dana untuk menampung kos photostat ini seharusnya menjadi tanggungjawab pengetua dan PIBG. Saya sentiasa menyatakan bahawa , saya akan jadi sangat zalim jika tidak membenarkan penggunaan mesin photostat di sekolah, sedangkan mereka menyediakan alatan mengajar untuk para pelajar dan mereka juga mengadakan kelas taanpa bayaran.
No comments:
Post a Comment