Banyak kali kita terbaca di dada akhbar mengisahkan dendam murid terhadap guru. Ramai guru yang diiniaya oleh pelajar , gara-gara tindakan disiplin yang diambil oleh guru. Natijahnya, ramai guru yang tidak berani hendak menegur pelajar dari melakukan kesalahan disiplin, apatah lagi untuk mengambil tindakan seperti mendenda pelajar. Persoalan yang selalu ditanya oleh guru-guru ialah , "kalau jadi apa-apa pada saya , siapa nak tanggung?. Kalau kereta saya kena cakar, adakah pihak sekolah yang nak gantikan dengan cat baru atau bayar ganti rugi! ". Sekali pandang, memang betul ! Tetapi, di sepanjang tempoh saya berkhidmat sebagai ketua guru disiplin dan penolong kanan HEM, penyelia petang, dan kini sebagai pengetua ada beberapa perkara yang sepatutnya kita lakukan sebelum sesuatu tindakan diambil untuk mengelakkan rasa dendam ini. Saya berani membuat kesimpulan, pelajar tidak akan melakukan tindakan yang di luar batasan jika pelajar tidak berdendam. Jadi bagaomana nak mengelakkan pelajar daripada berbendam!
Saya perhatikan: Pelajar tidak akan berdendam dengan guru jika:
a. Pelajar diberitahu peraturan atau undang-undang berkaitan sebelum tindakan diambil.
b. Pelajar juga diberitahu bentuk hukuman yang akan dikenakan jika mereka melanggar
peraturan tersebut.
c. Pelajar mesti diberikan tempoh masa untuk menyesuaikan diri dengan peraturan tersebut.
d. Pelajar mesti dimaklumkan / dibertahu sekerap mungkin dalam tempoh tersebut sebagai
peringatan
e. Hukuman mestilah dijalankan dengan tegas sepertimana diberitahu kepada pelajar.
Dalam mengambil tindakan seperti di atas, saya seringkali mengulangi soalan-soalan di atas sebelum sesuatu hukuman akibat perlanggaran peraturan di atas dilaksanakan. Apabila seorang pelajar ditahan, soalan yang biasa akan diajukan ialah:
a. Awak tau peraturan berkaitan perkara ini ( contoh: rambut panjang)
b. Awak tau apa hukumannya?
c. Pernah awak diberitahu mengenainya?
d. Adakah awak telah diberitahu lebih daripada sekali? Dua kali? atau lebih dari tiga kali?
Pelajar biasanya akan menjawab, Ya !
Soalan selanjutnya ialah:
e. Baik, jika begitu, salahkah jika saya mengambil tindakan kepada awak sekarang?
Kebiasanya, jika selepas melalui proses di atas ini, pelajar akan menjawab, " Tidak salah , cikgu. Cikgu hukumlah saya! ".
Sebenarnya dalam melaksanakan tindakan disiplin, jawapan pelajar yang sebeginilah yang paling penting. Dari jawapannya , ternyata pelajar benar-benar telah faham dan maklum dengan peraturan dan hukuman serta redha menerima hukuman serta memberi 'izin' kepada guru untuk menghukumnya!
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
-
Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG kali ke 32 , SMK Senawang
pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj.
Azam Bin Ha...
4 years ago
No comments:
Post a Comment