Wednesday, June 3, 2009

Trick pelajar...

Pelajar kita memang bijak dan banyak akalnya! Apalagi kalau nak mengelak daripada dirotan. Berbagai cara dilakukan. Pada suatu hari saya menjalankan hukuman rotan kepada seorang pelajar atas kesalahan merokok di dalam tandas. Pelajar ini sepatutnya telah dihukum pada hari sebelumnya bersama-sama beberapa rakannya yang lain.

Ketika hukuman mula nak dijalankan, seperti biasa saya akan 'mengetuk' sedikit rotan di punggung pelajar sebagai 'tanda', itulah tempat yang akan saya rotan! Kebiasaannya tepat! Ketika itu saya terdengar bunyi seperti buku yang dirotan.

"Hai! Awak alas dengan buku kah?", tanya saya kepada pelajar tersebut.

"ya , cikgu!", katanya sedikit menggeletar. Pelajar ini sengaja tidak datang sekolah pada hari sebelumnya kerana tau dia akan dirotan.

Saya semak seluarnya . Saya dapati bukan hanya buku sajayang dikenakan pada punggungnya, tetapi juga dia memakai 2 lapisan seluar iaitu selain seluar dalamnya, seluar seluar jeans dan seluar sekolah!

" Wah! Banyaknya lapisan seluar awak!", kata saya lagi.

"Jadi, macamana? Awak nak tanggalkan 'pelapik' awak ini atau terus pakai?". kata saya.

"Tak nak, cikgu! Saya nak terus pakai", kata pelajar ini kerana yakin dia tidak akan berasa sakit.

"O,k! Tak apa!. ini pun boleh tembus ni", kata saya selamba untuk menghapuskan rasa ego pelajar ini kerana dapat menipu guru.

Selepas hukuman dijalankan, saya bertanya kepada pelajar ini, "Macamana?",

"Uhh! Sama saja berlapik dengan tidak', katanya sambil menggosok-gosok punggungnya menahan 'panas' rotan yang baru diterimanya.

Sebenarnya, kita kena banyak membaca apa yang ada dalam 'kepala' pelajar kita dan jangan terperangkap dengan trick mereka. Kita juga jangan cepak menuduh pelajar kita biadab atau kurang ajar dengan bertindak sedemikian. Banyak cara untuk kita berhadapan dengan trick pelajar ini daripada kita mudah sangat menghamburkan kata-kata seperti biadab atau kurang ajar kepada pelajar kita.. Pelajar tetap pelajar...

No comments:

Post a Comment