Wednesday, June 3, 2009

Jangan marah ketika merotan..

Kisah kali ini adalah berkaitan dengan tatacara ketika melaksanakan hukuman merotan. Banyak kisah-kisah menarik dan lucu kadangkala ketika hukuman ini dijalankan. Tetapi kali ini saya ingin memberikan panduan bagaimana nak melaksanakan hukuman rotan tanpa rasa marah.

Perasaan marah ketika merotan adalah berbahaya! Seringkali, ketika marah kita gagal mengawal emosi. Akibatnya kadang-kala kita ter'rotan' dengan kuat! Atau terkena pada bahagian yang tidak dibenarkan. Yang paling penting pelajar tidak terlalu 'stress' atau cemas ketika menerima hukuman.

Posisi pelajar seharusnya berada pada kedudukan berdiri 45 darjah. Kedua tapak tangan dilekatkan pada dinding dan kedua tapak kaki mestilah selari dengan lantai. Posisi begini penting supaya kulit punggung dalam keadaan tegang dan pelajar mudah berasa sakit walaupun dengan sebatan yang perlahan. Tetapi yang paling penting ialah, untuk mengelakkan pelajar menahan rotan dengan tangannya. Posisi begini tidak membolehkan pelajar bertahan dengan sebelah tangan. Pelajar akan hilang keseimbangan badan dan boleh terjatuh.

Ketika hendak merotan, pelajar boleh diarahkan pandang ke depan dan melafazkan syahadah...

Selalunya pelajar, apabila disuruh melafazkan syahadah, mereka akan cemas! " Cikgu!. Kenapa pula suruh saya mengucap!"

"Saya suruh mengucap supaya awak beringat! manalah tau... kalau terjadi, lepaslah tanggungjawab saya..!"

Ketika pelajar itu melafazkan syahadahnya itulah, pukulan rotan dikenakan pada punggungnya..

Sebenarnya kaedah ini dilakukan supaya pelajar tidak fokus kepada rotan tersebut, sebaliknya kepada syahadah yang dilafazkan. Di samping itu suasana lucu atau tidak tegang akan berlaku dan ini dapat mengelakkan pelajar rasa tertekan dengan hukuman.

Seperkara yang paling penting ialah, selepas hukuman dijalakan, guru perlu pergi mendapatkan pelajar sambil memegang tangan atau bahu dan ucapkan kata-kata nasihat seperti:

"Macamana? Sakit? Lain kali saya tak nak tengok muka kamu dalam keadaan begini. Awak boleh jumpa saya bila-bila masa tetapi bukan nak dirotan seperti ini. ..

Selalunya pelajar akan akur dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahannya ...

No comments:

Post a Comment