Saya mencadangkan kepada guru-guru saya agar mencuba suatu kaedah yang telah saya amalkan di dalam mengawal disiplin pelajar di dalam kelas iaitu dengan mewujudkan 'classroom rules' atau peraturan kelas di dalam kelas masing-masing. Ini disebabkan beberapa faktor hasil pemerhatian dan pengalaman saya iaitu:
1. Pelajar tidak tahu cara atau kehendak setiap guru di dalam kelas.
Setiap guru mempunyai 'kehendak' atau 'pantang larang' di dalam kelas mereka. Ada guru yang tidak marah apabila pelajarnya ketawa kuat di dalam kelas. Ada guru tidak kisah pelajar lambat masuk ke kelas. Ada guru tidak marah kalau pelajar lambat menghantar buku latihan. Namun ada juga guru yang tidak boleh berkompromi akan hal di atas semasa berada di dalam kelas. Natijahnya , pelajar juga turut keliru apabila ada guru yang akan mengambil tindakan dan pula guru yang tidak. Jadi, eloklah kiranya setiap guru memberitahu pelajar. Bagi pihak pelajar pula mereka harus akur dengan kehendak guru-guru ini. Maka itu , perlulah ada peraturan kelas bagi setiap guru di damping peraturan khas setiap kelas yang dibuat oleh pelajar sendiri. Kesannya, guru dan pelajar akan saling faham.
2. Pelajar tidak dilmaklumkan secara betul/ rasmi
Untuk itu,perjanjian ini hendaklah dibuat secara rasmi (hitam/ putih), agar pelajar dididik agar patuh kepada perjajian yang telah dipersetujui. Sesalinan perjanian mesti dipegang oleh setiap guru dan pelajar. Ini untuk memastikan, agar tidak timbul saling tuduh menuduh di kemudian hari dan memudahkan guru apabila hendak mengambil tindakan.
3. Hukuman mestilah dipersetujui bersama antara guru dan murid ( Namun guru boleh meletakkan had hukuman agar tidak terlalu ringan sehingga dipermainkan oleh pelajar).Selalunya , pelajar akan patuh dengan sesuatu syarat perjanjian yang dipersetujui bersama-sama guru mereka.
Pernah seorang guru yang telah mengamalkan kaedah ini memberitahu bahawa beliau kini telah berjaya mengawal kelasnya dan kaedah ini ternyata telah mampu menyelesaikan masalah di dalam kelasnya selama ini. Pelajarnya lebih patuh semasa berada di dalam kelas kerana syarat yang dinyatakan di dalam peraturan itu adalah syarat atau hukuman yang telah dipersetujui sendiri oleh mereka semua.
Kaedah ini masih saya amalkan sehingga sekarang. Ternyata pelajar yang telah mempunyai surat perjanjian ini tidak berani mengulangi kesalahan kerana masing-masing telah bersetuju dengan peraturan dan hukuman yang bakal menanti mereka jika mereka melanggarnya.
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
-
Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG kali ke 32 , SMK Senawang
pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj.
Azam Bin Ha...
4 years ago
No comments:
Post a Comment