Sebenarnya banyak kisah-kisah klasik berkaitan cara ibu bapa berhadapan dengan kerenah anak-anak yang di dapati melanggar disiplin sekolah. Namun ada dua kisah berbeza yang ingin saya kongsi sebagai iktibar.
Kisah pertama ialah bagaimana begitu sabar dan lembutnya tindakan seorang bapa dalam menghadapi anaknya yang ditangkap atas kesalahan menghisap rokok di dalam kawasan sekolah. Saya telah memanggil bapa pelajar ini datang ke pejabat. Ketika di pejabat , saya memaklumkan kepadanya bahawa anaknya ( yang ada bersama ketika itu, berdiri di depannya) telah ditangkap kerana menghisap rokok. Saya tunjukkan rokok yang diambil sebagai bukti. Apabila ditanya sekali lagi di hadapan bapanya, pelajar ini mengangguk, mengaku. Si bapa ini bangun menuju ke arah anaknya yang ketika itu berada di tingkatan 5. Saya juga bangkit dari tempat duduk saya. Tujuan saya ialah untuk menghalang sibapa jika dia berhasrat untuk memukul anaknya ketika itu. Tetapi sebaliknya berlaku. Si bapa menuju ke arah anaknya dan memeluk erat anak lelakinya itu, sambil mencium anaknya dan berkata, ' abang...betul abang hisap ....Abang jangan buat lagi ya".
Seketiuka itu juga si anak tadi menagis terisak-isak sambil berkata, 'Ayah..ampunkan abang yang... Abang tak buat lagi.....' Adengan itu berterusan buat beberapa ketika dan saya hanya mampu memerhatinya dengan rasa kagum....
Sebaliknya, suatu peristiwa yang benar-benar membuat saya cemas dan timbul kekesalan berlaku selang beberapa tahun kemudiannya. Seorang bapa (bekas komando) yang berusia sekitar 40an, telah menampar dan menyepak anaknya yang ketika itu berada di tingkatan 2 (14 tahun) hingga tercapak ke dalam longkang di depan pejabat sekolah! Bukan setakat itu sahaja, si bapa yang begitu bengis menghamburkan kata-kata. "Kurang ajar kau! Macam kan tak cukup makan...Mampus kau aku bunuhkau! ''. Saya cuba menahan si bapa dan menghalangnya daripada menyerang anaknya sekali lagi. " Sudah lah tu abang...Kalau nak pukul pun jangan depan budak-budak sekolah ni...malu", kata saya sambil memeluk badannya untuk menghalangnya daripada menyerang anaknya sekali lagi. Si bapa yang seakan-akan masih tidak puas dengan tindakan beredar sambil mulutnya melepaskan ancaman," kau tunggu balik sekolah nanti.... Aku bunuh kau...", katanya dengan kuat. Beberapa orang pelajar yang berada berhampiran , lari ketakutan .
Kesalahan pelajar ini hanyalah kerana mengambil kuih seorang pelajar. Saya memaklumkan kepada ibu saudaranya yang juga pelajar di sekolah itu, yang kemudian memberitahu kepada ayah pelajar ini. Tidak sangka pula tindakan si bapa begitu ganas! Terdetik penyesalan di hati saya.
Namun ada sesuatu yang membuatkan saya berasa kesal dan bersalah. Selang dua minggu daripada peristiwa tersebut, pelajar ini telah menemui ajalnya apabila terlibat di dalam kemalangan dengan sebuah lori tidak jauh daripada sekolah. Ketika menziarahi rumahnya , saya bertemu ibunya yang begitu sedih dengan kehilangan anaknya itu. Ibunya memaklumkan bahawa sejak peristiwa itu si anak tadi telah enggan ke sekolah dan telah bertindak menggunting baju sekolah dan seluar sekolahnya kerana malu untuk ke sekolah..Pelajar ini juga telah berkurung di dalam biliknya sepanjang hari...Hanya pada hari kelangan itulah , pelajar ini mula datang ke sekolah...dan itu menjadi hari terakhir persekolahannya....Saya masih terasa kesal dan bersalah kerana tindakan saya memberitahu kesalahan pelajar ini...Itulah risiko dalam bekerja... Moga Allah mencucuri rahmat ke atas pelajar ini....Amin
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
-
Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG kali ke 32 , SMK Senawang
pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj.
Azam Bin Ha...
4 years ago
No comments:
Post a Comment