APC atau Anugerah Perkhidmatan Cemerlang-bukanlah Anugerah untuk anugerah perkhidmatan lama, anugerah untuk mereka yang hampir tempoh persaraan atau anugerah yang diberi secara rotation. Ia adalah anugerah untuk mereka yang telah memberikan kualiti perkhidmatan terbaik dan mempunyai keistimewaan dalam menjalankan tugas.
Semasa menjadi penilai, saya meletakkan satu syarat untuk memilih calon-calon APC ini iaitu:
1. Kreteria utama ialah mereka yang menunjukan sikap atau mentaliti kerja yang betul. Ini termasuklah mereka yang mempunyai pemikiran yang positif, kreatif dan mempunyai wawasan, idea dan jalan penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul.
2. Mereka yang menunjukkan mutu kerja yang berkualiti tinggi dan sentiasa membuat inovasi dalam setiap perancangannya.
Seterusnya, saya juga meletakkan semua guru di dalam ranking mengikut kekanan mutu kerja berasaskan faktor di atas tadi. Daripada ranking itu , saya bahagikan mereka kepada kumpulan seperti berikut:
1. Kelompok pemimpin (leaders) - 95 - 98%
2. Kelompok pekerja yang baik (good workers)- 90 - 94%
3. Kelompok pengikut -85-89%
4. Kelompok pekerja biasa-80 - 84%
5. Kelompok pekerja bermasalah -tidak layak dinaikkan pangkat - bawah 80%
Melalui cara ini kita lebih mudah menilai kakitangan kita dan penilaian itu lebih tepat. Dalam hal penilaian ini memang kerapkali timbul masalah. Ramai yang tidak puas hati terhadap markah mereka dan yang paling kerap ditimbulkan ialah kenapa saya tidak dapat APC? Alasannya , saya bekerja sama saja seperti orang lain! Kennapa mereka dapat dan saya tidak dapat?
Namun begitu, dalam hal ini perlulah ada ketelusan dan keberanian untuk kita menjelaskan kepada kakitangan kenapa mereka tidak layak dapat APC dan kenapa orang lain layak! Saya sentiasa tawarkan kepada staf saya untuk datang bertanyakan prestasi mereka dan menyatakan alasan mereka. Bagi saya , jika mereka benar-benar layak, tiada masalah untuk diberikan APC tersebut . Tetapi jika tidak layak, tetap mereka tidak laytak mendapatkannya walau apa jua alasannya!
Sepanjang menjadi penilai, saya pernah didatangi sebanyak 2 kali (2 tahun berturut-turut ) oleh seorang staf saya memohon untuk mendapatkan APC dengan alasan hampir tempoh persaraan/ pencen dan tidak pernah lagi mendapatkannya! Dia merayu sehingga menangis menitiskan air mata! Namun saya terangkan kepadanya , bahawa beliau tidak layak mendapatkan APC dan tidak perlulah menangis kerana saya tidak akan memberikannya kepada beliau! Akhirnya dia bertanyakan kepada dia tidak layak mendapatkannya. Saya terangkan kepadanya, iaitu ia berpunca daripada sikapnya yang kurang kerjasama, tidak bersedia menerima cabaran/ tugas dan kurang komitmen terhadap kerja! Saya memberikan contoh-contoh peristiwa yang menyokong hujah saya dan akhirnya dia akur!
Dalam bekerja, saya sentiasa memegang prinsip 'kerja is kerja dan 'kawan is kawan'. Jika betul, betul dan jika salah, tetap salah'. Saya juga memegang prinsip Confusius yang menyatakan:
jika saya beri kamu hutang, saya susah hati,
jika saya tak beri kamu hutang, kamu akan susah hati,
jadi , daripada saya susah hati, biarlah kamu yang susah hati'
Prinsipnya mudah, saya tidak akan memikul beban beban orang yang melakukan kesalahan sedangkan orang yang melakukannya senang hati!.
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
-
Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG kali ke 32 , SMK Senawang
pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj.
Azam Bin Ha...
4 years ago
No comments:
Post a Comment