Sikap terlalu cepat melabelkan pelajar sebagai bermasalah, malas dan tidak boleh berubah , akan mematikan semangat pelajar untuk belajar atau berubah menjadi orang yang berguna. Pelajar akan mudah 'akur ' dengan label yang diberikan oleh guru terhadapnya dan mempercayai bahawa itulah dirinya sepertimana yang dimaksudkan oleh gurunya! Ini suatu yang bahaya! Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah terus-terusan memberikan harapan, semangat dan mendidik mereka dan membantu mereka untuk berubah dan berjaya! Memang tidak dapat dinafikan, ramai guru yang kecewa dengan sikap pelajar yang negatif dan kadang-kala biadap . Sikap pelajar yang begini menyebabkan guru kecewa dan tidak mahu mengambil risiko .
Namun, hakikatnya itulah tanggungjawab guru. Mereka diberika gaji untuk bekerja ke arah itu! Jadi, mahu tak mahu , guru wajib melakukannya. Tugas guru adalah untuk mendidik pelajar dan melatih mereka agar dapat berdikari dan menjadi orang yang berguna.
Masalah pelajar di sekolah ini adalah ibarat tembok penghalang untuk kita menuju ke hadapan. untuk mendapatkan hasrat yang dikehendaki. Kita tidak boleh melanggarnya begitu sahaja kerana kemungkinan ia akan rosak atau kita sendiri akan cedera ! Jadi, haruslah dicari jalan untuk kita melepasinya walaupun mungkin terpaksa mengambil jalan jauh, berliku sedikit, agar hasrat kita tercapat. Begitulah hakikatnya dalam mendidik anak murid. Guru perlulah kreatif dan memikirkan jalan untuk menarik pelajar ini bersama-sama kita untuk mencapai hasrat yang dicitakan. Saya selalu nyatakan kepada guru-guru, 'fikirlah apa lagi yang belum kita buat untuk membantu pelajar berubah, daripada kita asyik menyatakan masalah yang kita hadapi dengan pelajar. Ini kerana , masalah itu tetap tidak akan berubah kita sentiasa memikirkan begitu dan masalah tidak akan dapat diselesaikan'
dan, kalau pelajar masih tidak berubah, anggap sajalah mereka belum mendapat hidayah daripada Allah sepertimana ada di kalangan orang yang sudah tua masih tidak berubah-ubah sikapnya kepada sikap yang baik!
MESYUARAT AGONG PIBG 2020/2021 , 29 FEB 2020
-
Alhamdulillah, akhirnya mesyuarat Agong PIBG kali ke 32 , SMK Senawang
pada tahun 2020 ini telah selamat disempurnakan oleh YB Senator Dr. Hj.
Azam Bin Ha...
4 years ago
No comments:
Post a Comment